Oleh kerana hidup ini adalah
pertandingan,
Aku akurkan kemenangan dan kekalahan.
Kemenanganmu dan kekalahanku
Dalam pertandingan hati
Pentasnya sudah lama tersiap
Dimainkan baru sahaja
Pementasnya, pelakonnya
Kita
Kekalahanku bukan kerana pementasan
yang gagal
Kemenanganmu bukan pula kerana
persembahan yang jaya
Kekalahanku ialah mencintaimu
Kemenanganmu ialah penaklukan hatiku
Bila aku kalah, kau dibiarkan menang
Kalahku kerana mencintaimu
Menangmu kerana dicintaiku
Biarpun kekalahanku ini paling pahit
Kemenanganmu sudah cukup untuk mengobat
Ia rasa manis walupun aku kalah
Kerana memenangkan engkau
Ialah percintaan yang tidak pernah
sudah
Ku terima, kekalahanku.